- Home »
- Kisah Sayyidina Abu Bakar R.A
Unknown
On Tuesday, February 5, 2013
Nama Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq
R.A. adalah tidak asing lagi bagi sekelian ummat Islam,
baik dahulu mahupun sekarang. Dialah manusia yang
dianggap paling teragung dalam sejarah Islam sesudah
Rasulullah S.A.W. Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya
dalam mengorbankan harta benda dan kekayaannya,
kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah ummat,
ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan
hatinya ketika berkuasa serta tuturbahasanya yang lembut
lagi menarik adalah sukar dicari bandingannya balk
dahulu mahupun sekarang. Dialah tokoh sahabat terbilang
yang paling akrab dan paling disayangi oleh Rasulullah
S.A.W.
Nama sebenar Saiyidina Abu Bakar
Al-Siddiq adalah Abdullah Bin Qahafah. Sebelum Islam,
beliau adalah seorang saudagar yang tersangat kaya serta
datangnya dan keluarga bangsawan yang sangat dihormati
oleh masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum memeluk Islam
lagi, Abu Bakar telah terkenal sebagai seorang pembesar
Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak pernah minum
arak sebagaimana yang lazimnya dilakukan oleh
pembesar-pembesar Quraisy yang lain.
Dan segi umur, Saiyidina Abu Bakar
R.A. adalah dua tahun lebih muda dan Rasulullah S.A.W.
dan telah menjalin persahabatan yang akrab dengan
baginda Rasul lama sebelum Rasulullah S.A.W. menjadi
Rasul. Beliaulah tokoh sahabat besar yang dianggap
paling banyak sekali berkorban harta benda untuk
menegakkan agama Islam di samping Nabi Muhammad S.A.W.
Kerana besarnya pengorbanan beliau itulah Rasulullah
S.A.W. pernah mengatakan bahawa Islam telah tegak di
atas harta Siti Khadijah dan pengorbanan Saiyidina Abu
Bakar R.A. Adapun gelaran Al-Siddiq yang diberikan
kepadanya itu adalah kerana sikapnya yang selalu
membenarkan apa sahaja kata-kata mahupun perbuatan Nabi
Muhammad S.A.W. Dalam hal ini elok kita petik suatu
kisah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud yang
dicenitakan sendiri kepadanya oleh Saiyidina Abu Bakar,
tentang bagaimana Saiyidina Abu Bakar R.A. memeluk agama
Islam.
Kata Saiyidina Abu Bakar R.A. ketika
menceritakan suatu kisah mengenai dirinya kepada Ibnu
Mas'ud, "Aku pernah mengunjungi seorang tua di negeri
Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitab dan mengajar banyak
munid. Dia berkata kepadaku:
"Aku kira tuan datang dan Tanah
Haram.
"Benar, jawabku.
"Aku kira tuan berbangsa Quraisy?
"Benar, ujarku lagi.
"Dan apa yang aku lihat, tuan dan
keluarga Bani Taiyim?
"Benarlah begitu, tambahku
selanjutnya.
Orang tua itu terus menyambung,
katanya, "Ada satu lagi hal yang hendak aku tanyakan
dari tuan, iaitu tentang diri tuan sendiri. Apakah tak
keberatan jika aku lihat perutmu?
Maka pada ketika itu aku pun berkata,
"Aku keberatan hendak memperlihatkan selagi tuan tidak
nyatakan kepadaku perkara yang sebenarnya.
Maka ujar orang tua itu, "Aku
sebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar bahawa
seorang Nabi Allah akan diutus di Tanah Haram. Nabi itu
akan dibantu oleh dua onang sahabatnya, yang seorang
masih muda dan seorang lagi sudah separoh umur.
Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam segenap
lapangan dan menjadi pelindungnya dalam sebarang
kesusahan. Sementara yang separoh umur itu putih
kulitnya dan berbadan kurus, ada tahi lalat di perutnya
dan ada suatu tanda di paha kirinya. Apalah salahnya
kalau tuan perlihatkan kepadaku.
Maka sesudah dia berkata itu aku pun
membuka pakaianku lalu orang tua itu pun melihatlah tahi
lalat hitam di atas bahagian pusatku seraya berkata,
"Demi Tuhan yang menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu!
Kemudian orang tua itu pun memberi
sedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal di Yaman untuk
beberapa waktu kenana mengurusi perniagaanku dan sebelum
meninggalkan negeri itu aku sekali lagi pergi menemui
orang tua tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal
kepadanya. Kemudian dia lalu bertanya, "Bolehkah tuan
menyampaikan beberapa rangkap syairku?
"Boleh sahaja, jawabku.
Setelah itu aku pun membawa pulang
syair-syair itu ke Mekah. Setibanya aku di Mekah, para
pemuda bergegas datang menemuiku seraya berkata, "Adakah
engkau tahu yang sudah terjadi? Maka ujarku pula,
"Apakah yang terjadi itu?
Jawab mereka, "Si yatim Abu Talib
kini mengaku menjadi Nabi! Kalaulah tidak mengingat
engkau hai Abu Bakar, sudah lama kami selesaikan dia.
Engkaulah satu-satunya yang kami harapkan untuk
menyelesaikannya.
Kemudian aku pun meminta mereka
pulang dahulu sementara aku sendiri pergi menemui
Muhammad. Setelah menemuinya aku pun mengatakan, "Wahai
Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tüan
dan aku mendapat tahu tuan terang-terang telah
menyeleweng dan kepercayaan nenek moyang kita.
Maka ujar baginda, "Bahawa aku adalah
Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan untuk sekelian
ummat!
Aku pun bertanya kepada baginda, "Apa
buktinya?
Jawabnya, "Orang tua yang engkau
temui di Yaman tempoh hari.
Aku menambah lagi, "Orang tua yang
mana satukah yang tuan maksudkan kerana ramai orang tua
yang aku temui di Yaman itu?
Baginda menyambung, "Orang tua yang
mengirimkan untaian syair kepada engkau!
Aku terkejut mendengarkannya lalu
bertanya, "Siapakah yang telah memberitahu tuan, wahai
sahabatku?
Maka ujar baginda, "Malaikat yang
pernah menemui Nabi-nabi sebelumku.
Akhirnya aku benkata, "Hulurkan
tangan tuan, bahawa dengan sesungguhnya aku naik saksi
tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan tuan
(Muhammad) sebenarnya Pesuruh Allah.
Demikianlah kisah indah yang
meniwayatkan bagaimana Islamnya Saiyidina Abu Bakan
Al-Siddiq. Dan memanglah menurut riwayat beliau
merupakan lelaki yang pertama yang beriman kepada
Rasulullah S.A.W.
Keislaman Saiyidina Abu Bakan
Al-Siddiq R.A. telah membawa penganuh besar di kalangan
kaum bangsawan Quraisy kerana dari pengaruh keislamannya
itulah maka beberapa orang pemuda bangsawan Quraisy
seperti Saiyidina Uthman Bin Affan, Abdul Rahman Bin
Auf, dan Saad Bin Waqqas menuruti jejak langkahnya.
Semenjak beliau memeluk Islam, Saiyidina Abu Bakan R.A.
telah menjadi pembela Islam yang paling utama serta
seorang sahabat yang paling akrab serta paling dicintai
oleh Rasulullah S.A.W. Sebagai memperlihatkan kecintaan
baginda terhadap Saiyidina Abu Bakar R.A., dapat kita
ketahui dan satu dialog yang terjadi antara baginda
Rasul dengan Amru Bin Al As. Amru seorang sahabat
Rasulullah S.A.W. pernah suatu han menanyakan Rasul,
"Siapakah di antara manusia yang paling tuan sayangi?
Baginda menjawab, "Siti Aisyah, dan kalau laki-laki
adalah bapanya.
Selain danipada itu Saiyidina Abu
Bakar Al-Siddiq R.A. adalah seonang sahabat yang
terkenal kerana keteguhan imannya, cendas akal, tinggi
akhlak, lemah lembut dan penyantun. Rasulullah S.A.W.
pernah menyanjungi sahabatnya itu dengan sabdanya, "Jika
ditimbang iman Abu Bakan Al-Siddiq dengan iman sekelian
ummat maka berat lagi iman Abu Bakan. Demikian teguhnya
iman Saiyidina Abu Bakan R.A. demi apakala kita
memperhatikan pengertian yang terkandung pada sabda
Rasulullah S.A.W. mengenai dirinya itu. Gelaran AlSiddiq
yang dibenikan orang terhadap diri Saiyidina Abu Bakan
R.A. adalah lantaran memandang sikap serta pendiriannya
yang teguh dalam membenarkan serta membela din
Rasulullah S.A.W. Andainya sekelian ummat manusia akan
mendustakan Muhammad S.A.W. Abu Bakar R.A. akan pasti
pula tampil dengan penuh keyakinan untuk membelanya.
Tidak beberapa lama setelah memeluk
agama Islam, Saiyidma Abu Bakar yang terkenal sebagai
saudagar yang kaya itu telah meninggalkan perdagangannya
dan meninggalkan semua usaha peribadi lain-lainnya lalu
menyerahkan segenap kekayaan dan jiwa raganya untuk
melakukan penjuangan menegakkan Islam bersama Nabi
Muhammad S.A.W. sehingga oleh kerana kegiatannya maka
Agama Islam mendapat kemegahan dengan Islamnya beberapa
pemuda Quraisy yang lain seperti yang telah disebutkan
itu. Beliau telah mengorbankan seluruh hanta bendanya
untuk menebus orang-orang yang ditawan, orang-orang yang
ditangkap atau disiksa. Selain danpada itu beliau juga
telah membeli hamba-hamba yang kemudian dimerdekakannya.
Salah seorang hamba yang dibelinya lalu kemudian
dibebaskan yang paling terkenal dalam sejarah ialah
Bilal Bin Rabah.
Tatkala Nabi Muhammad selesai
melakukan Isra' dan Mikraj segolongan orang yang kurang
mempercayai apa yang telah dikhabarkan Rasulullah S.A.W.
telah pergi menemui Saiyidina Abu Bakan R.A. untuk
mendengarkan apa pendapatnya tentang dakwaan Muhammad
S.A.W. itu. Tujuan kedatangan mereka mendapatkan Abu
Bakar R.A. tidak lain dengan prasangka tentunya Abu
Bakar R.A. kali ini akan mendustakan kisah yang tidak
masuk akal pada fikiran mereka itu. Setelah pertanyaan
itu disampaikan kepada Abu Bakar R.A. lalu beliau pun
berkata, "Adakah Muhammad berkata begitu? Sahut mereka,
"Benar! Maka ujar Saiyidina Abu Bakar R.A. "Jika
Muhammad berkata begitu maka sungguh benarlah apa yang
diceritakan itu. Lalu mereka pun terus menyambung,
"Engkau percaya hai Abu Bakar bahawa Muhammad sampai ke
tanah Syam lebih sebulan perjalanan pulang, di malam
semalam tadi? Maka sahut Abu Bakan sungguh-sungguh,
"Benar! Aku percaya! Malah lebih dan itu aku percaya
kepadanya. Aku percaya akan berita dan langit
diberitakannya baik pada waktu slang mahupun di waktu
malam! Demikian hebatnya sambutan sahabat yang paling
utama itu. Kerana tegas dan teguhnya iman beliau
terhadap agama yang dibawa oleh Muhammad dan terhadap
apa yang dikhabarkan oleh baginda maka beliau telah
diberi oleh Rasulullah S.A.W. dengan gelaran Al-Siddiq,
entinya yang benar.
Dan memanglah tidak menghairankan
sekali sikap Abu Bakar itu. Beliau telah kenal akan
Muhammad S.A.W. bukan sehari dua, melainkan sudah boleh
dikatakan seumur manusia. Beliau tahu bahawa sahabatnya
itu benkata benar, tak pernah bohong; orang amin.
Mustahil baginda akan khianat kepada pengikutnya yang
pencaya kepadanya. Beliau mengimani sahabatnya itu
Pesunuh Allah Yang Maha Kuasa, menenima wahyu danipada
Tuhannya. Beliau sudah bertahun-tahun mengikutkan
petunjuk yang diwahyukan oleh Allah kepada sahabatnya
itu maka telah teguhlah iman dalam hatinya.
Tatkala keadaan kekejaman orang-orang
musynikin Quraisy tenhadap kaum Muslimin yang sedikit
jumlahnya di Mekah semakin hebat dan membahayakan, Nabi
Muhammad S.A.W. telah mengadakan permusyuaratan di numah
Saiyidina Abu Bakan R.A. untuk mencani jalan keluar
danipada kesulitan yang sedang dihadapi oleh pihak kaum
Muslimin. Ketika itulah Rasulullah S.A.W. menjelaskan
kepada Saiyidina Abu Bakan R.A. bahawa Allah S.W.T.
telah memerintahkan baginda supaya melakukan hijrah ke
Madinah serta meminta Saiyidina Abu Bakar R.A. supaya
menemaninya dalam peristiwa hijrah tersebut. Dengan
perasaan gembira tanpa sedikit kebimbanganpun Saiyidina
Abu Bakar R.A. menyambut penmintaan Rasulullah S.A.W.
Dari pintu belakang rumah Saiyidina
Abu Bakar R.A. Rasulullah S.A.W. bersama-sama Saiyidina
Abu Bakar menuju ke Gunung Tsaur dan bersembunyi di gua
yang dibeni nama Gua Tsaur. Pada saat suasana amat
kritis, Saiyidina Abu Bakar R.A. diserang rasa
kegelisahan dan cemas kerana khuatir kalau-kalau musuh
dapat mengetahui di mana Rasulullah sedang bensembunyi,
maka pada saat itu turun ayat suci Al Quran dari Surah
Taubah yang isinya memuji Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq,
sebagai orang kedua sesudah Nabi s,a.w. dalam Gua Tsaur.
Dalam pada itu Rasulullah S.A.W. pun mengerti akan
situasi dan kegelisahan sahabatnya itu yang oleh
kerananya Rasul benkata, "Apakah yang menggelisahkanmu,
bukankah Allah menemani kita?
Kemudian Rasulullah S.A.W.,
diriwayatkan berkata selanjutnya untuk menghilangkan
kebimbangan Saiyidina Abu Bakan, "Kiranya mereka masuk
juga ke dalam gua ini kita masih dapat melepaskan diri
dari pintu belakang itu, ujar Rasul sambil menunjukkan
ke belakang mereka. Saiyidina Abu Bakar R.A. pun menoleh
ke belakang. Betapa terkejutnya beliau bila dilihatnya
pintu belakang yang ditunjuk oleh Rasul itu, padahal
pintu tersebut tadinya tidak ada sama sekali. Sebenarnya
kebimbangan Abu Bakar R.A. tatkala di dalam gua itu
bukanlah kerana takutkan nyawanya akan diragut oleh
pihak musuh tetapi yang lebih dibimbangkannya ialah
keselamatan jiwa baginda Rasul. Beliau pennah berkata,
"Yang saya bimbangkan bukanlah mengenai diri saya
sendiri, kalau saya terbunuh, yang tewas hanyalah
seorang manusia biasa. Tapi andaikata tuan sendiri dapat
dibunuhnya maka yang akan hancur ialah satu cita-cita
yang suci murni. Yang akan runtuh ialah keadilan dan
yang akan tegak pula ialah kezaliman.
Ucapan antara dua orang sahabat
tatkala dalam gua itu ada tersebut dalam Al Quran dalam
Surah Al Taubah ayat 40:
إِلَّا
تَنْصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ
الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي
الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ
اللَّهَ مَعَنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ
وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ
الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَى وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ
الْعُلْيَا وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (40)
"Kalau kamu tidak menolongnya
(Muhammad) ketika dia diusir oleh orang-orang kafir (dan
kampung halamannya), dalam keadaan berdua orang sahaja
di dalam suatu gua, Di kala itu dia (Muhammad) berkata
kepada sahabat karibnya (Abu Bakar): Jangan engkau
berdukacita; sesungguhnya Tuhan bensama kita. Tuhan
menurunkan ketenanganNya kepadanya, dan dikuatkannya
dengan tentera yang tidak kamu lihat. Dan Tuhan
menjadikan perkataan orang yang kafir itu paling rendah
dan perkataan Tuhan itu yang amat tinggi. Dan Tuhan Maha
Kuasa dan Bijaksana.
Demikian satu lagi keistimewaan
Saiyidina Abu Bakar AlSiddiq sebagai seorang sahabat
yang sama-sama mengalami kesukaran dan kepahitan
bersama-sama Rasulullah dalam menyampaikan seruan Islam.
Saiyidina Abu Bakar R.A. tidak bercerai jauh dengan
baginda Rasul sepanjang hidupnya dan menyertai semua
peperangan yang dihadapi oleh baginda. Beliau bukan
sahaja berjuang menegakkan Agama Islam dengan segenap
jiwa raganya bahkan juga dengan harta kekayaannya.
Sungguh beliaulah yang paling banyak sekali berkorban
harta untuk menegakkan Agama Islam. Bahkan seluruh
kekayaannya telah habis dipergunakannya untuk
kepentingan penjuangan menegakkan kalimah Allah. Di
kalangan para sahabat beliaulah tergolong onang yang
paling murah hati dan dermawan sekali.
Dalam Perang Tabuk misalnya,
Rasulullah S.A.W. telah meminta kepada sekelian kaum
Muslimin agar mengorbankan hartanya pada jalan Allah.
Tiba-tiba datanglah Saiyidina Abu Bakan R.A. membawa
seluruh harta bendanya lalu meletakkannya di antara dua
tangan baginda Rasul. Melihat banyaknya harta yang
dibawa oleh Saiyidina Abu Bakar R.A., bagi tujuan jihad
itu maka Rasulullah S.A.W. menjadi terkejut lalu berkata
kepadanya:
"Hai sahabatku yang budiman, kalau
sudah semua hanta bendamu kau korbankan apa lagi yang
akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu?
Pertanyaan Rasulullah S.A.W. itu
dijawab oleh Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dengan tenang
sambil tersenyum, ujarnya. "Saya tinggalkan buat mereka
Allah dan RasulNya.
Allah telah merakamkan kedermawanan
Abu Bakar dalam ayat 18-21 surah al-Lail.
الَّذِي
يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّى (18) وَمَا لِأَحَدٍ عِنْدَهُ
مِنْ نِعْمَةٍ تُجْزَى (19) إِلَّا ابْتِغَاءَ وَجْهِ
رَبِّهِ الْأَعْلَى (20) وَلَسَوْفَ يَرْضَى (21)
"Yang mendermakan hartanya
dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya,
Sedang dia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut
di balas, Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang
Maha Tinggi; Dan demi sesungguhnya, dia tetap akan
berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala
yang diharapkannya)". ayat 18-21 Surah
al-Lail.
Demikianlah kehebatan jiwa Saiyidina
Abu Bakar AlSiddiq, suatu contoh kemurahan hati yang
memang tidak dijumpai bandingannya di dunia.
Memandangkan besarnya pengorbanan beliau terhadap Islam
maka wajarlah kalau Rasulullah bersabda bahawa tegaknya
Agama Islam itu adalah lantaran hanta benda Siti
Khadijah dan juga Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq.
Tepatlah juga tatkala baginda bersabda bahawa kiranya
iman seluruh ummat ditimbang bersama iman Saiyidina Abu
Bakan R.A. maka berat lagi iman Saiyidina Abu Bakan R.A.
Beliau memang manusia luar biasa kebesarannya yang telah
ditakdirkan oleh Allah S.W.T. untuk menjadi teman akrab
Rasulullah s.a.w
Pada suatu ketika di saat Rasulullah
membaca khutbah yang antara lain menyatakan bahawa
kepada seseorang hamba Allah ditawarkan untuk memilih
dunia dan memilih ganjaran yang tersedia di sisi Allah,
dan hamba Allah tersebut tidak akan memilih dunia,
melainkan memilih apa yang tersedia di sisi Tuhan...
Maka ketika meñdengar khutbah Nabi demikian itu
Saiyidina Abu Bakar R.A. lalu menangis tersedu-sedu,
kenana sedih dan terharu sebab beliau mendengar dan
mengerti bahawa yang dimaksud dalam isi khutbah tersebut
ialah bahawa umur kehidupan Rasul di dunia ini sudah
hampir berakhir. Demikian kelebihan Saiyidina Abu Bakar
R.A. di- banding dengan para sahabat yang lain kerana
beliaulah yang mengetahui bahawa umur Rasul hampir
dekat.
Keunggulan beliau dapat dilihat
dengan jelas selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. di kala
mana ummat Islam hampir-hampir menjadi panik serta tidak
percaya kepada kewafatannya. Bahkan sahabat besar
Saiyidina Umar Al Khattab sendiri telah diselubungi
kekacauan fikinan dan tampil ke muka umum sambil
mencabar dan mengugut sesiapa sahaja yang berani
mengatakan baginda telah wafat. Ujan Umar n.a.,
"Rasulullah tidak wafat, dia hanya pergi menghadap Allah
sahaja seperti perginya Nabi Musa yang telah
menghilangkan diri dan kaumnya selama empat puluh hari,
kemudian pulang semula kepada kaumnya setelah
diheboh-hebohkan wafatnya.
Ketika kegawatan itu berlaku
Saiyidina Abu Bakar sedang berada di suatu kampung
Al-Sunnah. Tatkala berita kewafatan Rasulullah itu
sampai kepadanya, beliau dengan segera menuju ke
Madinah. Di sana beliau dapati ramai orang sedang
benkumpul mendengarkan pidato Saiyidina Umar Al Khattab
tadi. Tanpa lengah-lengah lagi Saiyidina Abu Bakar terus
ke rumah puterinya Siti Aisyah dan di sanalah beliau
dapati mayat Rasulullah S.A.W. terbujur di satu sudut
rumah. Beliau lantas membuka wajah Rasulullah dan
mengucupkannya, sambil berkata, "Wahai, betapa cantiknya
engkau ketika hidup dan betapa cantiknya engkau ketika
mati! Kemudian beliau pun keluar mendapatkan orang ramai
yang sedang dalam panik itu lalu berkata dengan nada
yang keras:
أَيّهَا
النّاسُ إنّهُ مَنْ كَانَ يَعْبُدُ مُحَمّدًا فَإِنّ
مُحَمّدًا قَدْ مَاتَ وَمَنْ كَانَ يَعْبُدُ اللّهَ فَإِنّ
اللّهَ حَيّ لَا يَمُوتُ .
"Wahai kaum Muslimin! Barangsiapa
yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati.
Tetapi barangsiapa yang menyembah Allah maka Allah
selama-lamanya hidup tidak mati.
Seraya menyambung
membacakan sepotong ayat dan Al Qun'an:
وَمَا
مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ
الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى
أَعْقَابِكُمْ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَى عَقِبَيْهِ فَلَنْ
يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ
(144)
"Muhammad itu tidak lebih dari
seorang rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu
darinya. Jika ia mati atau terbunuh patutkah kamu
berundur ke belakang. Sesiapa yang surut ke belakang,
dia tidak akan membahayai Allah sedikit pun dan
sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada
orang-orang yang bersyukur. Ali Imran
: 114
Sejurus sahaja mendengar ayat itu,
Saiyidina Umar Al Khattab pun terus rebah hingga barulah
beliau dan orang ramai Islam yang telah mendengar
pidatonya tadi mendapat kepastian bahawa Rasulullah
sudah wafat. Kaum Muslimin tentunya telah pernah dengar
ayat ini sebelumnya, kerana ayat itu telah turun semasa
peperangan Uhud, ketika Rasulullah S.A.W. telah
diberitakan mati terkorban dan menyebabkan banyak
pejuang-pejuang Islam berundur ke Madinah. Tetapi mereka
tidaklah memahami maksud ayat ini seperti yang difahami
oleh Saiyidina Abu Bakar R.A. Ini jelas membuktikan
kecerdasan Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dalam memahami
Islam.
Ketika Rasulullah S.A.W. wafat,
baginda memang tidak meninggalkan pesan tentang siapa
yang patut menggantikan baginda sebagai Khalifah ummat
Islam. Tetapi setelah lama berbincang kaum Muslimin
dengan suara ramai memilih Saiyidma Abu Bakan Al-Siddiq
sebagai Khalifah setelah namanya itu dicalunkan oleh
Saiyidina Umar Ibnul Khattab R.A. Pemilihan ini tentulah
tepat sekali kenana pada pandangan kaum Muslimin memang
beliaulah yang paling layak sekali memegang kedudukan
itu memandangkan kelebihan-kelebihannya dari para
sahabat yang lain. Apatah lagi beliaulah yang pernah
ditunjuk oleh baginda Rasul semasa hayatnya untuk
menggantikan baginda sebagai imam sembahyang tatkala
baginda sedang uzur.
Setelah dipilih oleh sebahagian besar
ummat ketika itu Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq pun
memberikan ucapannya yang tenkenal yang antana lainnya
baginda berkata:
أَيّهَا
النّاسُ فَإِنّي قَدْ وُلّيت عَلَيْكُمْ وَلَسْت
بِخَيْرِكُمْ فَإِنْ أَحْسَنْت فَأَعِينُونِي ؛ وَإِنْ
أَسَأْت فَقَوّمُونِي ؛ الصّدْقُ أَمَانَةٌ وَالْكَذِبُ
خِيَانَةٌ وَالضّعِيفُ فِيكُمْ قَوِيّ عِنْدِي حَتّى
أُرِيحَ عَلَيْهِ حَقّهُ إنْ شَاءَ اللّهُ وَالْقَوِيّ
فِيكُمْ ضَعِيفٌ عِنْدِي حَتّى آخُذَ الْحَقّ مِنْهُ إنْ
شَاءَ اللّهُ لَا يَدَعُ قَوْمٌ الْجِهَادَ فِي سَبِيلِ
اللّهِ إلّا ضَرَبَهُمْ اللّهُ بِالذّلّ وَلَا تَشِيعُ
الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطّ إلّا عَمّهُمْ اللّهُ
بِالْبَلَاءِ أَطِيعُونِي مَا أَطَعْت اللّهَ وَرَسُولَهُ
فَإِذَا عَصَيْتُ اللّهَ وَرَسُولَهُ فَلَا طَاعَةَ لِي
عَلَيْكُمْ .
"Wahai sekelian ummat! Aku telah
dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah
orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika
pemenintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tiada
baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu
adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya
mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat di antara
kamu adalah lemah pada sisiku, hingga aku harus
mengambil hak orang lain yang berada di sisi nya, untuk
dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah
kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya.
Akan tetapi jika aku mendurhakai Allah, maka kamu
sekelian tak harus lagi patuh kepadaku.
Aku dipilih untuk memimpin urusan ini
padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah aku ingin
benar kalau ada di antaramu orang yang cekap untuk
urusan ini. Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku agar
aku berbuat sebagai yang telah dilakukan oleh Rasulullah
S.A.W. sungguh aku tidak dapat memperkenankannya,
Rasulullah adalah seorang hamba Allah yang dapat kurnia
wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda terpelihara dari
kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia
biasa yang tidak ada kelebihannya dari seorangpun juga
di antara kamu.
Ini adalah satu pembaharuan dalam
pemerintahan yang belum pernah dikenali oleh rakyat
jelata kerajaan Rome dan Parsi yang memerintah dunia
barat dan timur ketika itu. Baginda telah mematuhi
manifesto politiknya. Baginda hidup seperti rakyat biasa
dan sangat tidak suka didewa-dewakan. Adalah
diriwayatkan bahawa pada satu masa ada orang
memanggilnya, "Ya Khalifah Allah! Baginda dengan segena
memintas cakap orang itu dengan katanya:
"Saya bukan Khalifah Allah, saya
hanya Khalifah RasulNya!
Adalah diriwayatkan bahawa pada
keesokan harinya iaitu sehari setelah baginda terpilih
sebagai Khalifah, Saiyidina Abu Bakan R.A. kelihatan
membawa barang perniagaannya ke pasar. Beberapa orang
yang melihat itu lalu mendekati baginda, di antananya
Abu Ubaidah Bin Janrah. Sahabat besar itu mendekati
baginda seraya berkata, "Urusan Khalifah itu tidak boleh
dicampuri dengan berniaga! Lalu Abu Bakar R.A. bertanya,
"Jadi dengan apakah aku hidup, dan bagaimana aku
membelanjai rumah tanggaku? Demikian sedihnya nasib yang
menimpa Saiyidina Abu Bakar R.A. sebab walaupun
kedudukannya sebagai Kepala Negara namun belum ada lagi
ketetapan untuk bagi seseorang kepala pemenintah Islam
memperolehi gaji dari hanta kerajaan.
Keadaan ini mendapat perhatian dari
para sahabat lalu mereka menentukan tunjangan secukupnya
buat baginda dan buat keluarga baginda yang diambil dari
Baitul Mal. Kemudian itu baharulah Khalifah Abu Bakar
meninggalkan usaha penniagaannya kerana hendak
memusatkan selunuh tenaganya untuk mengembangkan agama
Islam dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang
Khalifah. Semasa hertugas sebagai Khalifah ummat Islam
baginda hanya menerima penuntukan sebanyak enam ribu
dirham sahaja setahun iaitu kira-kira lebih kurang 1,200
dolar sahaja setahun. Peruntukan itu tidak
dibelanjakannya untuk keperluan dirinya malahan sebelum
wafatnya baginda telah memenintahkan supaya
pendapatannya itu diserahkan kembali kepada Baitul Mal.
Kebijaksanaan Abu Bakar R.A. juga
ternyata dalam polisinya menyamakan pemberian elaun
kepada orang-orang yang berhak agar mereka tidak
dipisahkan oleh jurang-jurang perbezaan yang jauh agar
tidak lahir satu golongan yang mendapat kedudukan yang
lebih istimewa dan golongan-golongan yang lain.
Sedangkan baginda sendiri hanya mengambil sekadar
keperluan-keperluan asasi buat diri dan keluarganya.
Sebelum baginda wafat, kepada
Saiyidina Umar Al Khattab baginda telah mewasiatkan agar
jangan menghiraukan jenazahnya nanti bila baginda pulang
ke rahmatullah, melainkan haruslah dia segera mengirim
bala tentera ke Iraq untuk membantu Al Muthanna yang
sedang bertempur di Iraq itu. Saiyidina Abu Bakar R.A.
tidak lupa mengingatkan Saiyidma Umar R.A. apa yang
dikerjakannya di waktu Rasulullah wafat dan bagaimana
cintanya kepada Rasul dan perhatiannya kepada jenazah
baginda yang suci itu tidak mengabaikannya dan
melaksanakan kewajipan bianpun yang demikian itu amat
berat bagi jiwanya. Dengarlah antara lain kata-katanya
kepada Umar Ibnul Khattab R.A.:
"Dengarlah hai Umar! Apa yang akan
kukatakan ini dan laksanakanlah. Aku mengharap akan
kembali ke hadrat Allah hari ini sebab itu sebelum
matahani terbit pada esok hari engkau hendaknya telah
mengirim bala hantuan kepada Al Muthanna. Janganlah
hendaknya sesuatu bencana bagaimana pun besannya dapat
melupakan kamu dan urusan agama dan wasiat Tuhan. Engkau
telah melihat apa yang telah ku lakukan tatkala
Rasulullah wafat sedang wafatnya Rasulullah itu adalah
satu bencana yang belum pernah manusia ditimpa bencana
yang sebesar itu. Demi Allah, andaikata di waktu itu aku
melalaikan perintah Allah dan RasulNya, tentu kita telah
jatuh dan mendapat siksaan Allah, dan pasti pula kota
Madinah mi telah jadi lautan api.
Dalam masa pemerintahannya yang
singkat Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq yang memerintah
hanya dalam masa dua tahun sahaja itu telah meletakkan
asas pembangunan sebuah pemenintahan Islam yang teguh
dan kuat setelah berjaya mengatasi berbagai macam
masalah dalam negeri dengan segala kebijaksanaan dan
kewibawaannya. Baginda telah memenuhi segenap
janji-janjinya dan dalam masa dua tahun pemerintahannya
itu telah terbentuk rantai sejarah Islam yang merupakan
lembaran-lembaran yang abadi.
Sungguh kehidupan Saiyidina Abu Bakar
Al-Siddiq adalah penuh dengan ibarat, penuh dengan
nasihat, penuh dengan ajaran serta kenang-kenangan yang
indah mulia. Selama dua tahun pemerintahannya itu
baginda telah berjaya menyusun tiang-tiang pokok dan
kekuatan Islam. Baginda telah membangunkan
kekuatan-kekuatan yang penting bagi memelihara
kepercayaan kaum Muslimin dan bagi memelihara keagungan
Agama Islam. Bahkan baginda telah mengakhiri niwayat
pemerintahan yang dipimpinnya dengan menundukkan
sebahagian daripada negeri Syam dan sebahagian danpada
negeri Iraq, lalu pulang ke rahmatullah dengan dada yang
lapang, ketika umur baginda menginjak 63 tahun. Baginda
dikebumikan di samping makam Rasulullah S.A.W. di Masjid
Madinah. Semoga niwayat serta penjuangan baginda menjadi
contoh ibadat yang murni bagi sekelian kaum Muslimin.